Pendaftaran


FETech-UniMAP Nature Ride 2015

Informasi Ringkas:

Sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan aktiviti MTB di Perlis, Universiti Malaysia Perlis  (UniMAP) akan menganjurkan MTB Jamboree pada 28 Mac 2015 di Kampus Pauh. Kelab HOW-MTB telah diberi kepercayaan 100% oleh UniMAP untuk menguruskan aktiviti sulung ini. Aktiviti “Nature Ride 2015” ini dijangkakan akan dapat menarik penyertaan sekurang-kurangnya 500 peminat MTB di seluruh Malaysia. Bertemakan “Ke Arah Membudayakan Cara Hidup Sihat”, Kelab HOW-MTB berharap agar aktiviti ini boleh menjadi batu asas untuk menjadikan Perlis sebagai “MTB-HUB” di zon utara Malaysia. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat meningkatkan sosio-ekonomi warga Perlis.

Untuk menjadi peserta, sila ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Baca syarat dan peraturan FETech-UniMAP Nature Ride 2015

Langkah 2: Mendaftar sebagai peserta secara Individu atau berkumpulan. Anda juga boleh menggunakan borang manual untuk mendaftar. Borang tersebut perlu diemelkan kepada pihak urusetia tamizi@unimap.edu.my  Untuk peserta berumur di bawah 18 tahun, anda diwajibkan untuk menggunakan borang manual dan mendapatkan keizinan waris/penjaga secara bertulis.

Langkah 3: Menjelaskan pembayaran pendaftaran dengan mengikut prosedur berikut.

  1. Selepas mendaftar, anda perlu menjelaskan yuran melalui akaun Maybank. RM50/peserta untuk pendaftaran “early bird” dan RM60/peserta untuk pendaftaran biasa.
  2. Selepas membuat pembayaran, mohon emelkan salinan pembayaran ke lokmanh@unimap.edu.my. Sertakan bersama butiran lengkap anda dan kumpulan anda.
  3. Pihak urusetia akan membuat pengesahan bayaran dan mengemaskini butiran anda di dalam humanonwheels.blogspot.com. Kami juga akan memberikan pengesahan melalui emel. Sila pastikan butiran anda di dalam  senarai peserta telah dikemas-kini selepas anda menerima pengesahan dari pihak urusetia. Jika ada masalah, sila hubungi urusetia secepat mungkin.
  4. Sila bawa butiran lengkap dan salinan emel pengesahan pada hari anda mengambil goodies.

Butiran Pengambilan Goodies :
Hari
:
27 Mac 2015 (Jumaat).
Masa
:
<akan dikemaskini kelak>
Tempat
:
<akan dikemaskini kelak>

Butiran aktiviti:
Hari
:
28 Mac 2015 (Sabtu).
Masa
:
<akan dikemaskini kelak>
Tempat
:
Kampus Pauh, Universiti Malaysia Perlis
Program:
6:00am – 7:30am
:
Peserta mula berkumpul
7:30am
:
Penerangan ringkas oleh pihak urusetia
7:45am
:
Flag off












Semua peserta yang mendaftar akan menerima sehelai jersi, nombor plat dan nombor cabutan bertuah. Hanya 500 peserta yang berjaya menghabiskan perlumbaan akan menerima pingat yang dicetak nombor kedudukan.
Pihak urusetia akan memuat-naik rekabentuk jersi, pingat dan hadiah cabutan bertuah di dalam halaman sesawang kami dalam masa terdekat.

Syarat dan Peraturan

Penyertaan di dalam acara ini adalah atas risiko sendiri. Universiti Malaysia Perlis, KELAB HOW-MTB dan/atau pekerja, sukarelawan dan pembantu mereka tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana peserta atau mana-mana perseorangan yang mengaku sebagai wakil peserta untuk kerosakan harta, kecederaan diri atau kematian yang terjadi sebelum, semasa atau selepas acara ini. Sama ada kerosakan pada harta benda, kecederaan diri atau kematian disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian dari Universiti Malaysia Perlis dan / atau KELAB HOW-MTB, penyelenggara dan/atau pekerja-pekerja mereka, sukarelawan dan pembantu tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan untuk ganti rugi atau sumbangan dalam hal ini.
INGAT - Ini adalah acara Jamboree MTB, oleh itu, jadilah seorang peserta yang baik dan berilah pertimbangan kepada pengguna jalan raya yang lain, walaupun mereka tidak menghormati ruang anda.
Setiap pelumba hendaklah mematuhi arahan yang marshal dan / atau pegawai lalu lintas.
Penunggang basikal tidak dibenarkan menggunakan peranti/alat muzik peribadi atau peranti komunikasi, termasuk telefon bimbit semasa acara berlangsung.
Semua basikal mesti memakai topi keledar. Dasar "NO HELMET NO RIDE" akan dikuat-kuasakan untuk acara ini.
Jauhkan diri dari pelumba lain pada setiap masa,kerana ada yang kurang berpengalaman.
Peserta di bawah umur 18 dikehendaki mendapatkan Persetujuan Ibu Bapa. Sila emelkan ke tamizi@unimap.edu.my selewat-lewatnya 1 (satu) hari sebelum acara bermula..
Setiap pelumba akan bertanggungjawab ke atas basikal masing-masing..
Peserta dilarang menggunakan kata-kata kotor, dan ditegah dari membuang sampah merata-rata.
Peserta tidak boleh mengambil bahagian di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah / ubat-ubatan yang mungkin menghalang pelumba dari mengawal basikal dengan baik.
Semua pelumba dengan keadaan perubatan atau ragu dengan kemampuan fizikal mereka untuk mengambil bahagian dalam perjalanan ini disarankan untuk mengambil nasihat perubatan dari doktor sebelum acara tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tamizi: 011-3238 4314
Azrem: 012-964 7413
Saiful (Pon): 019-6669 331
Kyra: 018-4613 549
Fitri: 013-7293 347
Saifull: 017-4917 893

Anda juga boleh menghubungi urusetia melalui alamat emel  howmtb@gmail.com